November 16, 2014

Alternatif bubur nasi bayi : resepi bubur makaroni!

Bila Suhail dah 7 bulan lebih, Suhail nampak bosan makan bubur nasi dan puri yang saya sediakan. Saya sendiri pun rasa bosan buat resepi sama. Kemudian, cari punya cari, jumpalah resepi bayi yang mudah dan sedap! Yang penting, alternatif kepada bubur nasi.

Jom tengok !


resepi bubur bayi mudah




Bubur makaroni ikan (mudah dan sedap!)

(Resepi bayi ini sesuai untuk bayi berusia 7 bulan keatas)

Bahan-bahan
- makaroni
- isi ikan ( saya guna ikan sardin)
- lobak merah/ kacang panjang (sayur lain pun boleh)
-susu ibu
- sedikit celery

Cara-cara
1. Didihkan seperiuk air bersama makaroni.
2. Sementara itu, stim ikan dan lobak/ kacang panjang.
3. Lepas masak, sejukkan semua bahan dengan membiarkan pada suhu bilik.
4. Campur semua bahan dalam blender/ food processor. Blend hingga halus.
5. Susu hanya dicampurkan sekali apabila nak hidang ye.

Siap!!!

bubur bayi mudah

Mudahkan resepi bayi ni? Suhail suka sangat. Banyak betul dia makan. Cara lain yang saya buat, blend makaroni, ikan dan celery sahaja (macam gambar atas ni). Saya buat stok untuk 2 hari ( 4 kali makan). Tiap kali makan, saya akan campurkan 1 kiub puri sayur yang saya dah siap bekukan sebelum ni. Jadi, taklah bosan Suhail makan sayur sama tiap kali makan!

Setakat ni memang menjadi. Saya pernah campur resepi makaroni ni dengan keledek merah, labu, lobak merah, kacang panjang dan ubi kentang. Semua Suhail makan tanpa memilih. Good boy!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan