Saya mula tahu sedang mengandung pada minggu ke13, iaitu selepas habis trimester 1. Iya masuk trimester 2 baru tahu tengah mengandung *_*
Ok. Macamane saya tahu saya mengandung? Lain orang, lain tanda-tanda mengandung, tapi taklah berbeza sangat-sangat kan.
1 - Morning sickness
Sebenarnya, ni tanda mengandung yang agak tidak kuat untuk saya. Sebab saya kalau terlebih makan pun, akan muntah jugak. Tak semestinya mengandung baru muntah-muntah. Alkisahnya, saya mula muntah pada bulan puasa (awal Julai-awal Ogos). Tiap kali lepas sahur dan berbuka biasanya akan muntah, kecuali kalau makan sikit je. Jadi, saya pun makanlah sedikit sahaja bila sahur dan berbuka. Hoho. Kesian baby...
Tapi memang sepanjang berpuasa tu tak bermaya je, letih, kadang-kadang pening sebab tak cukup nutrisi. Nak dijadikan cerita, habis je bulan puasa, saya dah tak muntah-muntah. Jadi, petanda awal mengandung yang ini saya abaikan. Jangan ikut saya tau :D
2 - Kaki dan tangan selalu cramp
Tanda mengandung yang ni memang saya perasan. Pegi dapur berdiri kejap je nak tunggu air masak penuh cawan pon boleh tetiba kaki cramp. Tangan juga tak semena-mena kebas. Duduk dalam kereta kejap juga boleh menyebabkan kaki saya cramp.
3 - Kerap kencing
Tanda ni sangat obvious lepas raya. Tetiba, pada suatu hari, saya mula buang air boleh kata setiap jam. Fuh!! Nasib baik bilik air dalam bilik dan masa tu kat rumah mak kat kampung. Tetiba rasa nak pegi tandas time tengah tengok tv atau kat dapur, tandas dekat je.
Tapi, tidur malam agak terganggu. Tengah syok tidur kena pergi tandas pulak. 4 - 6 kali jugak akan bangun ke tandas setiap malam. Saya sampai tahap kurangkan minum air masak. Dasat gak penangan tanda ni.. huhu
4 - Demam dan selsema
Ada juga sekali saya demam dengan tidak semena-mena. Pastu sehari dua camtu je pastu hilang. Orang kata demam ni petanda mengandung juga. Tapi, tak mengandung pun demam, ye tak?
5 - Selera makan kuat
Bila lepas raya tu, dalam minggu ke10 mengandung, selera makan saya menjadi-jadi.
Kalau sarapan dah makan nasi kerabu, pukul 10 pagi dah lapar tahap nak makan nasi lagi. Pukul 1 petang makan nasi lagi. Petang dan malam pun makan nasi jugak.
Kalau ikut lapar, memang saya makan je nasi 5-6 kali sehari, dah memang lapar. Tapi saya tahan sikit, biasa makan 3 kali je nasi. Selebihnya makan la buah sebab tengah musim buah. Durian, duku, langsat, dokong, rambutan, manggis, betik, semua ada kat rumah. Bergilir-gilir jenis buah saya makan bila lapar. Fuhhh!
6 - Sakit tulang
Kemuncak tanda-tanda mengandung yang saya rasa bila saya dah mula sakit-sakit tulang. Duduk atas lantai depan TV kejap je, bangun tu mesti berkeriuk kurasa tulang-tulang pinggul berbunyi. Padahal sebelum tu duduk berjam pon takde masalah. Kalau duduk atas karpet pon sama. Kena duduk atas kusyen/sofa baru ok.
Masa tu tak kenal lagi Ostematrix Shaklee. Kan bagus kalau kenal Shaklee awal. Tak terasa sangat sakit-sakit tulang masa awal mengandung tu.
Maka, akhir bulan Ogos tu, saya buat la self pregnancy test sebab dulu dah penah beli 1 pregnancy test kit kat farmasi, dalam tu ada 2, dan penah guna 1 sahaja. Saya ingat lagi suasana pagi tu.
Dalam pukul 5 pagi camtu, saya dan suami sama-sama terbangun dari tidur dan nak ke tandas. Macam berjanji pulak kan..hehe.. Bila suami keluar dari bilik air dan tengok saya pon nak masuk bilik air, tetiba di pagi yang hening itu beliau menyuruh saya tunggu kejap sebab nak pegi cari mana letak pregnancy test kit tu. Sebab dia pun dah agak-agak isterinya tengah mengandung.. Yela dah banyak sangat tanda mengandung masa tu. Adeh, nak masuk bilik air kene tunggu la pulak!
Tapi, suami tak jumpa. Saya lagi la malas nak mencari. Bila suami tanya mana saya letak, saya garu-garu kepala sajela. Buat-buat pikir sambil memberi bermacam alasan sebab nak masuk tandas cepat-cepat..hehe.. Maka, saya pun masuk la tandas dan terjumpa pregnancy test kit tu kat atas para-para dalam tandas. Ehh memang saya pun yang letak situ beberapa hari lepas, tapi lupa. haha
Bila buat test tu, kejap je keluar dua garis merah. Jelas pulak tu. Perghhh!! Tak tahu nak rasa apa. Macam di awan-awangan. heee..Bila keluar tandas nampak suami macam dah tidur. Malas nak kejutkan dia. Siap solat subuh baru tunjuk. Reaksi suami rahsia! Simpan dalam hati je ;D
Set vitamin kehamilan yang saya ambil sepanjang mengandung. Jatuh chenta dibuatnya!. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan