Alhamdulillah
pada 16 Nov lepas, saya berpeluang menghadiri majlis yang menjadi idaman semua
pengedar Shaklee, iaitu “Master Celebration”. Mula-mula, segan juga saya nak
hadiri majlis besar macam ni. Iyalah, saya ni baru sahaja bermula. Siapalah
saya berbanding tetamu lain yang dah berjaya dalam Shaklee dan mendapat 4-6 angka.
Namun, saya
tebalkan muka walau tak kenal sesiapa (kenal dunia maya sahaja).
Sebab saya
tahu, saya kena berani kalau nak berjaya.
Saya kena dapatkan
ilmu dari mereka yang dah berjaya dalam Shaklee.
Dalam
majlis Master Celebration, individu yang diraikan akan berkongsi cerita mereka
sepanjang buat bisnes Shaklee dan tips untuk berjaya dalam Shaklee. Haruslah ambil peluang dengar kan?
Untuk pengetahuan, ranking Master Coordinator adalah rank yang tertinggi dalam bisnes Shaklee. Bila kita dah berjaya mencapai ranking tersebut, Shaklee akan memberikan kita bajet sebanyak RM50k untuk mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan kita dalam Shaklee. Fuhh 50k tuh, orang kata ibarat kahwin kali kedua!
Siapakah Kam Maria dan Firdaus?
Dahulu, mereka berdua adalah engineer. Dua-dua belajar jurusan kejuruteraan di United Kingdom. Firdaus mengusahakan ternakan ayam daging. Maria pula bekerja sebagai engineer. Maria keluar rumah seawal pukul 7 pagi dan pulang balik pada pukul 7 petang. Dijadikan cerita, Maria ingin mengubah hidup beliau. Nak ada time freedom untuk keluarga dan anak-anak serta financial freedom untuk mencapai impian luar biasanya.
Maka, bermulalah Maria berkongsi akan kebaikan Shaklee di blognya.
Yang hebatnya Maria hanya mengambil masa selama 9 bulan bermula dari Supervisor ke tahap Master Coordinator!
Orang kata, untuk berjaya dalam Shaklee, kalau kita betul-betul buat, kita akan capai rank Master Coordinator dalam masa 1 hingga 2 tahun. Kalau buat sikit-sikit, kita akan berjaya dalam masa 3 hingga 4 tahun.
Namun Maria membuktikan bahawa beliau mampu berjaya ke tangga tertinggi dalam Shaklee dalam masa 9 bulan!
Majlis Master Celebration Kam Maria & Firdaus
Mula-mula kami sampai di sana, terpegun juga saya dan suami melihat kecantikan pemandangan di Hotel Pullman. Dari luar nampak biasa. Di bahagian dalam, umpama hotel dalam taman.
Walaupun mengadakan majlis di hotel berprestij, pasangan dan anak-anak tidak dilupakan. Sesuai dengan moto Shaklee iaitu Family First. Untuk pengetahuan pembaca, bagi setiap program anjuran Shaklee, bawaklah anak anda jika anda mahu. Tiada siapa melarang. Seronoknya bisnes macam ni kan. Memang sangat sesuai untuk ibu-ibu.
Tips berjaya dalam Shaklee yang dikongsikan
Yang hebatnya Maria hanya mengambil masa selama 9 bulan bermula dari Supervisor ke tahap Master Coordinator!
Orang kata, untuk berjaya dalam Shaklee, kalau kita betul-betul buat, kita akan capai rank Master Coordinator dalam masa 1 hingga 2 tahun. Kalau buat sikit-sikit, kita akan berjaya dalam masa 3 hingga 4 tahun.
Namun Maria membuktikan bahawa beliau mampu berjaya ke tangga tertinggi dalam Shaklee dalam masa 9 bulan!
Majlis Master Celebration Kam Maria & Firdaus
Mula-mula kami sampai di sana, terpegun juga saya dan suami melihat kecantikan pemandangan di Hotel Pullman. Dari luar nampak biasa. Di bahagian dalam, umpama hotel dalam taman.
Pemandangan dalam Pullman Hotel. Cantik kan? |
Peneman setia :) |
Fuhh ramai betul datang! Dengar Master berucap dan kongsi pengalaman berjaya dalam Shaklee, makan free lagi. Sape tak nak kan? |
Tips berjaya dalam Shaklee yang dikongsikan
Sepanjang majlis tersebut, terdapat beberapa individu hebat yang berucap. Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim pun ada. Saya kongsikan tips dan cara berjaya dalam Shaklee yang mereka ceritakan.
"Selama mana orang yang sakit masih ada, selama itulah Shaklee diperlukan"
- Presiden Victor Lim -
Betul kan? Bila baru bermula nak jual Shaklee ni, kita akan tak habis fikir perkara yang negatif. Ramainya orang jual Shaklee. Ada ke orang nak beli Shaklee? Yang ini biasa. Termasuk saya. Tapi, percayalah, fikiran begini takkan membawa kita ke mana. Yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan buat yang berusaha. Apatah lagi bila kita membantu orang ramai membaiki tahap kesihatan mereka.
Satu perkara yang saya nampak pada Maria dan Firdaus adalah mereka mempunyai banyak cas positif. Cuba tengok, blog mereka semua bercerita tentang perkara positif. Sebenarnya itulah perkara yang semua orang patut ada untuk berjaya dalam Shaklee dan bisnes lain. Itulah cara menarik orang lain untuk berjaya dalam bisnes. Jangan bercerita perkara negatif di Facebook. Jangan fikir ramainya orang jual Shaklee. Ramainya tak mampu beli Shaklee. Tapi fikir ramainya yang masih tak tahu pasal Shaklee.
- Master Presidential Kak Cery -
Wah kalau nak tahu, Kak Cery ni memang tahap celebrity gitu dalam dunia Shaklee. 3 tahun berkecimpung dalam Shaklee telah membawanya kepada pendapatan 6 angka sebulan. Entah-entah dah 7 angka. Beliau memang hebat. Sekarang dah berhenti kerja sebagai engineer petronas dan fulltime menjalankan bisnes Shaklee. Kata-katanya haruslah dikutip dan dipraktikkan.
"Kalau nak tahu, walaupun Maria adalah downline saya, tapi Maria naik ranking lagi cepat dari saya!"
- Master Ainul, Upline Kam Maria
Kalau sebut MLM, downline upline, jangan ingat downline takkan selamanya boleh memintas upline. Shaklee membuktikan sebaliknya. Sebab itulah saya yakin dengan sistem perniagaan Shaklee. Siapa berusaha lebih, dia akan dapat lebih. Tiada istilah upline goyang kaki ambil point jualan dari downline.
Ini dia Masters Kam Maria & Firdaus ketika perarakan masuk ke dalam dewan |
"Selesalah sangat!"
Selesa apa kalau awal pagi sudah kena keluar menghadap jem (perjalanan rumah dan ofis sejauh 40km). Matahari terbenam baru sampai rumah.
Bila waktu pagi sebelum keluar kerja, suaminya yang ketika itu mengusahakan ternakan ayam daging, berkata "Sayang pergilah kerja. Abang rehat dulu ye".
Panas je telinga! Beliau pagi-pagi terpaksa keluar pergi kerja. Suaminya pula yang berehat!
Itulah permulaan Master Maria memilih untuk berbisnes yang kini telah pun berjaya dalam Shaklee.
Katanya, ikhlaskan diri berkongsi untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah kesihatan, duit akan datang dengan sendiri. Itulah the power of sharing.
Betul. Bila menjual, janganlah difikir soal duit sahaja. Niatkan dalam hati untuk menambah nilai dalam hidup orang lain. Anda akan terpaksa jadi kaya!
Ambil aura Master Coordinator. hehe |
Suhail pun dah terduduk atas karpet. Sori sayang. Nanti ibu bagi upah susu k ;D |
Makanan memang sedap! |
Sekian sahaja cerita kami sekitar majlis penghargaan Master Maria Firdaus berjaya dalam Shaklee. Giliran saya juga akan tiba, InsyaAllah.
p/s : Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk bersama-sama saya mengubah hidup. Jika bukan kita yang mengubah hidup kita, jangankan manusia, Tuhan pun tak akan tolong!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan