Dah agak lama juga saya memendam nak mencuba resepi Butter Bread Pudding With Vanila Sause yang marveles ni. Sebab dulu pernah makan kat hotel, sampai teringat-ingat dibuatnya.
Untuk filling, saya buat separuh sahaja. Asalnya, resepi butter bread pudding menggunakan 1 liter susu, saya guna 500ml sahaja. Sama juga dengan bahan lain terutamaya telur. Telur kan mahaiiii.
Dah, jom tengok resepi!
RESEPI BUTTER BREAD PUDDING
Sumber : Chef Asma, Ita Rohaya Homemade bakery
Pautan dari : Anna
Bahan-bahan
(A)
10 keping roti
250g butter (*saya letak anggaran je)
250g kismis (kismis takde, saya leak kurma carik²)
serbuk kulit kayu manis - secukupnya
(B) Filling /*separuh adunan
1 liter fresh milk / *500ml fresh milk (saya guna susu cair)
200g gula castor / *100g gula kastor
10 biji telur / *5 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla / *1/2 sdt esen vanila
Cara-caranya:
1) Panaskan oven. Sapu acuan dgn butter.
2) Sapu roti dengan butter, potong dan susun roti dalam acuan.
3) Taburkan kismis/kurma carik² dan juga serbuk kulit kayu manis pada setiap lapisan roti.
4) Buat sehingga beberapa lapisan dan tuangkan filling (bahan B).
5) Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tersebut lembut.
6) Bakar pada suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked/waterbath/bainmarie.
Cara-cara buat filling:
1) Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
2) Tuangkan keatas roti dan biarkan roti lembut.
Saya taburkan chocolate chips di atas lapisan paling atas. Boleh tahan ;) |
RESEPI VANILA SOS
Bahan-bahan / * separuh adunan
(A)
1 liter fresh milk / *500ml fresh milk (saya guna susu cair)
200g gula kastor / *100g gula kastor (main agak)
1/2 tsp esen vanilla / *1/4sdt esen vanila
(B)
40g custard powder /*20g tepung kastard
250ml air / *125ml air masak
Cara-caranya:
1) Panaskan bahan(A) sehingga mendidih
2) Bancuh bahan (B) dan campurkan ke dalam bahan (A)
3) Masak sehingga pekat (jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)
Ini dia butter bread pudding with vanila sauce yang sangat mengancam! |
VoilĂ ! Siap!
Memang sedap resepi butter bread pudding ni. Boleh dimakan ketika panas atau sejuk. Saya lebih suka masa panas. Aroma manis berkrim menusuk hidung gitu tau!
Bagi yang nak mencuba resepi butter bread pudding ni, dipersilakan dan sangat tak rugi.
SELAMAT MENCUBA!
______________________________________________________
Butter bread pudding dan sos ni manis. Kalau tak manis tak sedap. Hehe. Tapi kena kawal pengambilan makanan manis dan gula ye kawan-kawan. Dah ramai dah orang muda yang ada kencing manis. Penyakit ni bila dah kena, tidak boleh disembuhkan. Tetapi boleh dikawal. Boleh baca kat entry mengawal paras gula dalam badan yang saya tulis baru-baru ini. Semoga kita dirahmati Allah dan dikurnia kekayaan kesihatan semuanya.
Aslmkm Ain.
BalasPadamtq sudi cuba rsp dr blog saya..
mengancam habis nampak..