November 09, 2014

Kepentingan vitamin atau supplemen untuk kesihatan


Perlu ke makan vitamin atau 'supplement' ni? 


Dulu saya anggap vitamin ni adalah untuk orang-orang yang sakit sahaja. Yela, masa kecik-kecik dulu selalu dapat ubat dan vitamin bila demam, batuk atau sakit-sakit. Maka, saya membesar dengan menganggap bahawa orang yang tidak sakit tidak perlu makan vitamin. 


Bagi saya, cukup setakat makan dengan sihat dan bersenam untuk dapatkan badan yang sihat. Tapi sebenarnya percayalah bahawa sangat susah untuk mendapatkan badan sihat dengan hanya melakukan dua perkara tu.


Sampai sekarang, pada umur 24 tahun , saya tidak mengambil sebarang vitamin walaupun sekadar vitamin C sampailah saya kenal dengan Shaklee. Bab berkenalan dengan Shaklee ni saya cerita lain kali ya. Untuk kali ni, saya nak bercerita sebab-sebab badan memerlukan vitamin, makanan tambahan ataupun 'supplement'.


Ramai yang skeptikal bila saya katakan saya mengambil 'supplement' setiap hari. Jadi, saya senaraikan dibawah mengapa saya dan anda perlukan 'supplement'.


Kebaikan vitamin 'supplement'


1 Badan kita memerlukan sesetengah nutrien atau vitamin dengan dos yang lebih tinggi dari apa yang kita boleh dapat dari makanan seharian.


Contohnya, manusia biasa memerlukan sekurang-kurangnya 60mg vitamin c setiap hari. Tapi jumlah vitamin c yang diperolehi dari hidangan makanan biasa rakyat Malaysia tak mencukupi untuk memberikan kesan pencegahan dan anti penuaan.



"Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa." - Dr. Delilah Ahmad, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ).-
Saya rasa contoh terbaik adalah ibu mengandung. Ibu mengandung perlukan banyak jenis vitamin berbanding manusia normal. Contohnya, asid folik dan minyak ikan. Memang susah nak dapatkan dos yang mencukupi kalau bergantung semata-mata kat makanan harian.

2 - Kita sering terdedah dengan pencemaran alam termasuklah makanan. 


Zat makanan mudah hilang atau berkurangan bila berhadapan dengan pencemaran contohnya ketika proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Jangan sangka bila kita makan sayur, kita dapat zat keseluruhan sayur tu.


Di sinilah 'supplement' berperanan sebagai ganti kepada nutrisi yang hilang tadi.



Sayur ni senang sekali hilang khasiat kalau dimasak lama atau haba terlalu tinggi.

3 - Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga mempengaruhi jumlah nutrien yang masuk ke dalam badan. 


Pasti ke kita mengambil makanan mengikut piramid makanan? 

Ke dah lupa camne piramid makanan? hehe.



Kalau ikutkan, lemak, minyak dan gula adalah makanan yang perlu dimakan paling sedikit. Tapi itulah apa yang orang Melayu ni paling suka kan. Masakan menumis, berlemak, bergoreng memang dah jadi rutin. 


Gula tu tak usah cakaplah, dengan cuaca panas kat Malaysia ni, sedap sesangat meneguk air sejuk. Kadang-kadang malam pon minum air sejuk manis. 


Jadi, camne badan nak dapat nutrisi mengikut piramid makanan atau keperluan kan???


Orang kita selalu kata makan kat rumah bermakna makan secara sihat. 


Betul ke? 


Untuk pengetahuan anda, banyak je bahan memasak sekarang mengandungi bahan-bahan tak sihat. 

Contohnya, perencah Pasti Sedap dan tepung ayam goreng banyak je yang ada MSG (Mono Sodium Glutamate), iaitu bahan perisa yang merbahaya untuk kesihatan. 

Ni tak cerita lagi bab pengawet yang diguna untuk makanan dalam tin macam cendawan butang, nenas dan buah-buah koktel yang kita dan mak-mak kita selalu guna tu. Nah macamana nak dapat cukup nutrisi kalau gaya hidup tak sihat camni???


- Bila kita sakit, sebenarnya ubat-ubatan, pil penahan sakit (painkiller) dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh badan. 


Kafein pun boleh menghalang badan menyerap nutrien. Sebab tu orang mengandung tak boleh atau kurangkan ambil kafein sebab orang mengandung ni kan perlu makan banyak vitamin. 

Kalau perasan, banyak  produk-produk vitamin c atau kolagen yang femes sekarang ni pon menyarankan supaya pelanggan mereka tak ambil kafein bila menggunakan produk mereka untuk hasil yang optimum. Sebab apa? Mestilah sebab taknak sia-sia ambil vitamin.


Oh jangan ingat kafein ni ada dalam kopi je tau. Kafein ni ada dalam teh, 'chocholate' termasuklah 'hot chocolate' dan dalam ubat-ubatan pun banyak hokayyy!!

- Tanah yang kurang subur iaitu tempat sayur-sayur dan buah-buahan ditanam juga mempengaruhi kualiti hasil. Ditambah lagi dengan penggunaan racun serangga dan bahan pencemar lain. 


Ini mengurangkan penghasilan sayur dan buah yang mengandungi zat yang sepatutnya. 


Sebab tu sekarang ni kalau kita pergi pasaraya, kita akan nampak ada banyak bahan makanan yang dilabel 'organik' atau 'bio'. 


Makanan ni lebih mahal dari harga biasa. Sebab tanaman ni memang dijaga dari awal lagi dan tak guna baja atau racun buatan untuk menjaga khasiat tanaman tu. 




Cukuplah setakat lima sebab utama yang saya senaraikan tu dulu. Harapnya itu dah cukup untuk menyakinkan korang yang vitamin dan 'supplement' ni bukan sekadar pilihan, boleh diambil bila-bila rasa nak, tapi 'supplement' merupakan satu kemestian atau sejenis 'insurans' untuk kesihatan kita. 


Dan sebab tu la saya ambil 'supplement' dari Shaklee!!! :) :) :)



Untuk pengetahuan korang, Shaklee menawarkan pelbagai 'supplement' untuk kesihatan keluarga, kurangkan berat badan, untuk kehamilan, penyusuan, berpantang, kecantikan, kesuburan, vitamin kanak-kanak dan macam-macam lagi. 

Jadi, pada yang berminat nak consume Shaklee, jangan segan-segan ye untuk hubungi saya ;)

-------------------------------------------------------------------------------
Ain Izzaty : Shaklee Independent Distributor (952396)
SMS / Whatsapp : 011-29211979
Emel : nurain.izzaty@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan