Sekarang ni produk kolagen adalah antara produk yang begitu mendapat permintaan tinggi. Tak caya korang boleh pergi ke kedai jamu/produk kecantikan. Bersusun-susun pelbagai kolagen kat dalam kedai. Bermacam jenis dan jenama.
Persoalannya, apakah kolagen?
Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan. Lebih kurang satu per tiga daripada protein dalam badan kita terdiri daripada kolagen. Ia memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
Masa kita muda atau pun di awal usia, penghasilan hormon adalah aktif dan ini menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen. Kolagen digunakan dalam pertumbuhan tersebut dan juga dalam penghasilan sel-sel baru. Tetapi, menjelang usia 25 tahun, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun.
Maka, semakin bertambah usia, semakin berkurang kolagen semulajadi yang dihasilkan.
Kesan pengurangan kolagen?
Kulit mula hilang keanjalan, garis-garis kedut mula nampak, Kulit nampak kusam dan kendur.
Senang cerita nampak tua!
Sebab tu ramai perempuan beli kolagen! Sebab nak 'refill' balik kolagen yang semakin hilang bila semakin tua tu. Bila kita ambil supplement yang berunsurkan kolagen, kulit akan jadi makin tegang dan cerah. Jadi nampak muda la kan? Itulah yang berlaku apabila kita ambil kolagen.
TETAPI !
Umur bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan. Malaysia kan panas kan? Bila dah selalu sangat lalu bawah matahari, ini pun boleh membawa kepada kehilangan kolagen. Selain tu, radikal-radikal bebas di udara, air dan dalam makanan serta amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok juga turut mempengaruhi.
Haaa gitewww ye.
Jadi, siapa perlu ambil kolagen?
Pelajar dan pekerja
Kolagen memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong kolagen. Jadi, kalau korang kerap lupa, nak perbaiki daya ingatan dan nak berfikir dengan baik walaupun dah tua nanti, pastikan ambil kolagen ya.
Orang yang berumur (lelaki dan perempuan)
Kolagen membantu kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
Orang yang nak cantik
Kulit kurang kering, elastisiti bertambah baik, parut berkurangan kerana kulit akan sembuh dengan cepat. Kuku dan rambut akan menjadi kuat kerana kolagen merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru.
Selalu sakit mata atau mata penat
Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
Mangsa kemalangan/kebakaran
Kulit yang rosak atau terbakar memerlukan kolagen untuk tumbuh semula dan baik dengan cepat.
Orang yang sakit sendi/tulang
Terutamanya ahli sukan atau orang berusia. Sebenarnya kolagen adalah macam kalsium, iaitu penting kepada tulang. Kolagen menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh. Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
Menarik kan sebenarnya fakta mengenai kolagen ni? Bukan nak cantik je tau :)
Okay kalau korang nak beli kolagen, pastikan kolagen tersebut halal, berkualiti, diuji secara klinikal dan berkesan seperti Shaklee Collagen Powder. Terdapat tujuh ramuan utama iaitu kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji camellia japonica, ekstrak pfaffia, elastin, vitamin B dan C, ekstrak kekerang dan lactobacillus acidophilus. Shaklee collagen powder menepati kesemua ciri-ciri yang saya sebutkan tadi.
Keistimewaan Shaklee Collagen Powder Shaklee adalah
- halal, semulajadi dan selamat
- tiada gula, pengawet dan perasa
- senang larut di dalam air
- diserap badan secara optimum
- senang dibawa
- diuji secara klinikal oleh para saintis
Ni adalah keistimewaan Shaklee Collagen Powder secara ringkas. Nanti saya hurai panjang sikit ye. Seronok baca pasal kolagen ni sebenarnya. Banyak info dan pengalaman menarik dan yang tak disangka. Kalau nak dapat result macam dalam testimoni di atas, kena la ikut cara mereka kan? Senang sahaja. Hubungi saya melalui cara dibawah sekarang. Semakin bertangguh, semakin masalah bertambah rumit dan semakin lambat masalah selesai. Jom buat pilihan yang bijak!
-------------------------------------------------------------------------------
Ingin dapatkan konsultasi percuma, pertanyaan mahupun memesan vitamin Shaklee?
Hubungi saya sekarang, saya akan cuba membantu InsyaAllah :)
Ain Izzaty : Shaklee Independent Distributor (952396)
SMS / Whatsapp : 011-29211979
Emel : nurain.izzaty@gmail.com
Hubungi saya sekarang, saya akan cuba membantu InsyaAllah :)
Ain Izzaty : Shaklee Independent Distributor (952396)
SMS / Whatsapp : 011-29211979
Emel : nurain.izzaty@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan