Sangat mengagumkan bila membaca mengenai Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil. Saya adalah pengguna setia minyak kelapa dara. Cuma kali ni saya nak cerita betapa senang dan mudahnya untuk rambut sihat dan cantik dengan hanya menggunakan minyak kelapa dara sebagai masker rambut. Dah beberapa bulan saya mengamalkan homemade masker rambut ni dan kesannya memang mengujakan! Dah boleh buang conditioner anda yang menggunakan bahan kimia dan mahal tu!
Minyak Kelapa Dara sangat kaya dengan asid lemak ang menyihat dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
Kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Cosmetic Science" pada tahun 1999 menyatakan bahawa minyak kelapa yang disapu pada rambut mampu mengurangkan kerosakan rambut.
Bagaimana menggunakan minyak kelapa sebagai homemade masker rambut?
#Langkah 1
Dapatkan sedikit minyak kelapa. Saya menggunakan minyak kelapa dara jenama TROPIKA.
#Langkah 2
Sapukan minyak pada seluruh rambut dan kulit kepala. Urut sebentar. Anda mungkin memerlukan lebih minyak jika rambut anda panjang. Minyak boleh disapu pada rambut yang kering atau basah. Minyak lebih mudah tersebar di seluruh kepala pada rambut basah.
#Langkah 3
Sikat rambut menggunakan penyikat untuk meratakan minyak di seluruh kepala dan kulit kepala.
#Langkah 4
Pakai shower cap dan masukkan kesemua rambut ke dalam shower cap tersebut. Biarkan selama sejam atau semalaman. Lagi lama lagi elok minyak meresap.
#Langkah 5
Syampu rambut dua kali untuk betul-betul membersihkan minyak kelapa tadi. Seeloknya gunakan syampu dibuat dari bahan semulajadi supaya tidak merosakkan rambut yang baru dirawat tadi.
#Langkah 6
Ambil sedikit minyak, sapukan secara nipis dan sekata pada seluruh rambut dengan memfokuskan pada hujung rambut. Abaikan langkah ini jika rambut anda tidak memerlukan lebih pelicin dan pelembap.
#Langkah 7
All photo Credit Michell Jonas/Demand Media
Gayakan rambut seperti biasa. Rambut semakin licin, lembu, halus dan sihat bersinar! Cubalah!
Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini...
Tips untuk hasil yang "woahh"
1. Pastikan anda menggunakan minyak kelapa asli untuk hasil yang memuaskan. Minyak kelapa yang telah diproses telah kehilangan sebahagian kualitinya. Boleh juga menggunakan minyak kelapa yang dijual khusus unuk kosmetik atau makanan.
2. Campurkan beberapa titik minyak pati (essential oil) ke dalam minyak kelapa tadi untuk bau yang harum!
Serius dah tak perlu ke salon lagi.
SELAMAT MENCUBA!
Kongsikan arikel ini supaya orang lain mendapat manfaat dan idea untuk DIY homemade masker rambut yang mudah, murah dengan hasil seperti ke salon!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan