Mei 22, 2015

5 makanan tambah tenaga ketika mengandung

tambah tenaga ketika mengandung

Biasanya ibu mengandung memang akan rasa lembik, lesu, tak bermaya, sakit itu sakit ini. Kalau boleh nak baring sahaja. Itulah yang saya rasa masa pengalaman pertama mengandung dahulu. Tetapi takkanlah nak baring je selama 9 bulan kan? Kan jadi sleeping beauty pula nanti. Tak bangun-bangun sudahnya..Hihi..Sebab itu saya ingin berkongsi makanan yang bakal-bakal ibu boleh amalkan untuk tambah tenaga ketika mengandung.

Sebelum tu, hairan saya tengok video Puan Ainul kat bawah ni yang sihat dan cergas sampai boleh naik turun candi Borobudur. Perut pun dah besar. Jom tengok kejap cerita mama ni :


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Haa itulah ceritanya. Sekarang jom kita tengok makanan untuk bakal ibu amalkan untuk tambah tenaga ketika mengandung supaya sihat dan boleh bergerak aktif.

Makanan menambah tenaga ibu mengandung

1. Air 

tambah tenaga ketika mengandung

70% badan kita adalah air. Air-air kemudiannya akan dikeluarkan semula melalui beberapa proses seperti berpeluh, kencing dan bernafas. Sebab itu kita kena selalu minum air. Bila ibu mengandung berasa letih, cepat-cepatlah dapatkan air. Itu petanda anda sedang dehidrat atau kekurangan air.

Bila badan kita menerima air yang mencukupi, jantung tak perlu bersusah-susah mengepam darah. Jadi, badan kita boleh membuat kerjanya dengan senang.

2. Madu asli

Madu mengandungi gula yang cepat diserap oleh sistem pencernaan. Sebab itu madu membolehkan ibu-ibu menambah tenaga dengan segera ketika mengandung.

tambah tenaga ketika mengandung

Untuk kesan yang mujarab, boleh campurkan 2 sudu madu dan sebiji telur separuh masak. Amalkan setiap hari dan ini cukup untuk buat anda rasa kelainannya di malam hari. Boleh juga minum macam tu sahaja 2 sudu makan setiap hari.

Selain itu, kandungan zat galian dalam madu asli boleh membantu dan menguatkan janin, kulit bayi bersih dan sihat kerana madu mengandungi Vitamin C. 

Ibu dan anak sama-sama merasa kebaikan madu. 

3. Kekacang dan biji-bijian.

Biji-bijian mengandungi banyak triptofan yang berfungsi melawan keletihan emosi. Ini secara langsung akan meringankan keletihan badan. Antara bijian yang disarankan adalah biji bunga matahari, walnut, biji gajus dan badam. Tak susah pun mencari makanan ni. Ada banyak di Tesco atau pasaraya lain. 
tambah tenaga ketika mengandung
Kekacang seperti kacang gajus dan kacang hazel pula mengandungi magnesium yang menyokong fungsi otot. Magnesium penting untuk memperlancar metabolisme dalam tubuh. Magnesium membantu tubuh memecah dan menggunakan karbohidrat, lemak, protein, serta beberapa mineral dan ini membekalkan tenaga kepada badan. 

Lagipun, ibu mengandung dan selalu lapar? Haaa elok sangat jika anda ada bekal kekacang atau biji-bijian sebagai snek. Jadi, ini akan mengelakkan anda dari makan sesuatu yang tak sihat.

4. Kurma

Sabda Rasulullah SAW: 

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

tambah tenaga ketika mengandung


Ingat cerita ibu Isa iaitu Maryam binti Imran? Beliau diwahyukan memakan kurma ketika sedang lemah untuk melahirkan anak. Ini kerana kurma akan menambah tenaga ketika mengandung malah untuk bersalin sekalipun. 

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin.

Jika diperhatikan, kebanyakan makanan yang diambil rakyat Malaysia adalah karbohidrat tetapi tanpa tenaga serta merta. Sebab itu lepas makan, badan pun letih dan mata juga mengantuk. Berbeza dengan kurma yang membekalkan tenaga segera kepada pemakan.

5. Telur

Kalau nak tahu, kuning telur sangatlah kaya dengan vitamin B-Complex yang berfungsi menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga. Lagi pula, ia kaya dengan vitamin D yang menyokong kesihatan tulang-tulang.

tambah tenaga ketika mengandung

Haaa tak perlulah makan berat je untuk tambah tenaga ketika mengandung kan.
Dan apa kata selepas ini  bakal-bakal ibu menukar sarapan pagi kepada menu menggunakan telur pula? macam-macam tau resepi telur yang menyelerakan ;)

Selain makan untuk mendapatkan tenaga, anda sangat disarankan untuk ambil vitamin C dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

Pengalaman saya dulu, Set Vitamin Ibu Mengandung sangat banyak membantu saya dalam sehari-hari sebagai ibu mengandung. Bukan sahaja menambah tenaga, malah saya dapat enjoy waktu-waktu mengandung saya tanpa cramp, sakit tulang, hb kekal tinggi dan badan sihat. Sebab itu saya sangat aktif bergerak masa mengandung dulu. Yang penting, ianya selamat untuk ibu mengandung, semulajadi dan berkesan :)

Salam sayang. 


-------------------------------------------------------------------------------
     Ain Izzaty : Shaklee Independent Distributor (952396)     
SMS / Whatsapp : 011-29211979     
Emel : nurain.izzaty@gmail.com  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan