Mei 24, 2015

Cara menyediakan puri bayi 6 bulan ke atas

Bila bayi berusia 6 bulan, bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal. Kepala dah tegak dan mulut bayi ikut terkumat kamit bila melihat kita makan adalah tanda-tanda anak telah sedia menerima makanan selain susu ibu / formula. Pada post kali ini, saya nak berkongsi cara menyediakan puri bayi berusia 6 bulan ke atas. Bermacam puri saya pernah masak untuk Suhail.




Puri sangat  mudah disediakan dan mengambil masa yang singkat. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk terutamanya ibu bekerja seperti saya. Jom tengok cara-cara menyediakan puri bayi yang biasa saya buat. 

Pertama, kupas buah / sayur. Tak kisah mana-mana buah atau sayur sekalipun. Kena buang kulit dulu dan potong kepada bahagian yang lebih kecil.

Kedua, rebus atau kukus buah tadi. Seeloknya kukus sebab nutrisi kurang hilang berbanding rebus. Kalau terpaksa rebus juga, pastikan guna air yang sedikit sahaja.

Ketiga, agak-agak buah dah lembut, keluarkan dan blend buah tadi. Tak perlu tambah air pun sebab buah tadi memang akan lembut dan berair sikit bila dah rebus/kukus.

Keempat, bila dah habis kisar, masukkan puri tadi ke dalam bekas-bekas kecil yang bertutup. Seeloknya bertutup sebab nak elakkan bau ayam ikan bagai yang ada dalam freezer kita masuk ke dalam bekas puri. Nanti puri berbau lain macam dan mungkin anak tak suka dan tak nak makan.

Saya guna bekas kecil macam ni. Beli kat kedai baby Lunatots.

Bekas letak ais macam ni pon saya guna. Terutamanya bila buat puri banyak2 sekaligus. Saya tutus dengan aluminium foil sebelum masuk peti. 

Kelima, masukkan bekas-bekas tadi ke dalam freezer. Eh jangan masukkan panas-panas tu tau. Nanti tinggi pula suhu freezer secara tetiba. Pastikan puri dan sejuk sebelum dimasukkan dalam freezer.

Siap! 


Susun puri macam ni la, dalam bekas mengikut jenis puri. Senang nak ambil.

Esoknya, bila puri dah beku, boleh keluarkan dari bekas dan letak dalam satu plastic zip lock atau tupperware. Guna bekas yang kedap bau. Labelkan nama puri dan tarikh sama macam kita labelkan susu EBM kita. 

Bila nak guna esok, malam tu keluarkan satu kiub atau ikut jumlah yang anak biasa makan dan letak di bahagian chiller peti sejuk. Esoknya dah cair, terus boleh bagi anak makan. 

Haaaa senang je kan cara sediakan puri bayi ni? 

Jangan kita bagi alasan kita tiada masa untuk buat masakan anak yang sesenang ini. Macam saya, saya biasa buat masa hujung minggu. Saya akan buat dalam 3 hingga 5 jenis puri. Hari bekerja senang, tinggal nak suap aje. Hihi. Lagipun, anak boleh bergilir-gilir makan. Takdelah makan puri yang sama hari-hari. Tapi pastikan lepas 4 days rule dulu ye. 

Alhamdulillah, sampai sekarang Suhail hanya makan homemade baby food sahaja. Saya merasa sangat puas dapat sediakan puri untuk anak, lebih-lebih lagi jika anak suka makan, asyik sebut 'nak nak nak'. Hanya ibu yang memasak untuk anak yang dapat merasa perasaan ni. Nanti saya kongsikan resepi-resepi yang saya pernah guna dalam post lain.

Semoga post kali ni membantu ibu-ibu yang tercari-cari cara menyediakan puri bayi :) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan