Disember 04, 2014

Berpantang itu menyeksakan? Oh mudah sungguh berpantang dengan SET BERPANTANG SHAKLEE!


Berpantang itu menyeksakan? Kenapa ramai ibu sampai tak sabar-sabar mahu habiskan tempoh berpantang? Bukankah inilah saat untuk saya berehat dari segala kerja, honeymoon bersama baby baru dan juga melakukan aktiviti "me-time"?

Sebenarnya, salah satu hal yang ibu-ibu tak sabar tu adalah untuk sembuh cepat dan dapat bergerak cergas.

Mana taknya, lepas bersalin, badan memang sakit-sakit. Stamina tak lagi seperti sebelum bersalin. Lepas tu nak kena buat macam-macam. Pakai pilis, sapu herba kat perut, pakai bengkung, mengurut, bertanggas, mandi daun, minum air jamu dan herba yang pahit. Macam-macamlah! Sampai rasa penat pun ada masa berpantang ni. Makan pula bercatu kononnya untuk badan ibu sembuh. Tapi badan takde lah sembuh cepat pun. Kena tunggu 44 hari juga ( kalau ikut adat Melayu).

Bagi saya, sebab itu pentingnya memilih set berpantang atau set bersalin yang betul.


KLIK SEKARANG untuk dengar cerita seorang ibu tentang amalan berpantang elak mimpi ngeri sakit sembelit.

KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Saya memilih Set Berpantang Shaklee ketika melahirkan Suhail awal tahun lalu. Memang tak menyesal. Nanti saya cerita pengalaman saya. Hari ni nak kongsi info dulu.

Set Berpantang Shaklee memang sangat popular di kalangan ibu-ibu. Ini kerana berpantang menggunakan Set Berpantang Shaklee mempunyai pelbagai kelebihan berbanding berpantang cara melayu atau menggunakan jamu dan herba.

Antara kelebihan menggunakan Set Berpantang Shalee adalah ianya sesuai untuk bersalin normal mahupun secara cesarian. Bagi saya, inilah ciri yang perlu ada sebelum ibu-ibu memilih mana-mana set berpantang sekalipun. Bukan apa, kita tidak akan dapat menjangka apakah kita akan bersalin secara normal atau pun secara cesarian. Jadi, memilih set berpantang yang boleh digunakan dalam kedua-dua keadaan adalah sangat penting. Ramai yang memilih set berpantang menggunakan jamu menyesal apabila terpaksa bersalin secara pembedahan dan tidak dapat menggunakan set tersebut.

Selain itu, Set Berpantang Shaklee tidak panas dan tidak menyebabkan kuning pada bayi. Jamu dan herba bersifat panas dan ini boleh mendatangkan kesan sampingan terhadap bayi seperti cirit-birit. Malah, Set Berpantang Shaklee sangat sesuai untuk ibu menyusu badan. Jika anda ingin menyusu badan, saya sarankan anda mengambil Set Berpantang 3M. Ianya dapat menambah dan meningkatkan susu badan ibu. Boleh baca entry ini sampai habis untuk melihat pilihan set bersalin Shaklee dan kelebihan setiap satu set.

SET BERPANTANG ASAS



Set Berpantang Shaklee yang asas terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan Zinc Complex. Ini adalah asas yang diperlukan oleh setiap ibu lepas bersalin.

Vita-Lea with Iron Formula

Vita-Lea adalah multivitamin dan multimineral.

Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat berpantang cara melayu yang agak ketat, Vita-Lea diformulasikan dengan 28 vitamin dan mineral penting yang melengkapkan kekurangan nutrisi ibu berpantang.

Diambil secara harian, Vita-Lea meningkatkan kesihatan, kecergasan badan dan memberikan tenaga sekaligus banyak membantu ibu menguruskan bayi kecil.

B-Complex

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan ibu berpantang (tidak perlu lagi memakai pilis!)

Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru. Wajah ibu yang pucat dan kusam akan beransur menjadi kemerahan kerana darah yang hilang ketika bersalin diganti oleh pembinaan sel darah baru.

Vitamin B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B sebagaimana dinyatakan dalam RDA kerana ianya perlu diambil pada masa yang sama untuk menghasilkan kesan.

Vitamin C 500mg

Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg). Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid dimana ianya melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas dari menyerang ibu dalam pantang.

Meningkatkan sistem imun ibu berpantang dengan membina sel darah merah untuk penyerapan zat besi dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Mempercepat penyembuhan luka bersalin. Kekurangan vitamin c adalah penyebab pemulihan kecederaan yang lambat.

Kulit menjadi lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama jeragat. Sambil ambil vitamin C untuk kesihatan, ibu berpantang mendapat bonus iaitu kulit menjadi semakin cantik!

Zinc Complex

Dirumus dari zinc glukonat beserta nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap badan.

Defisiensi zinc boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat pulih, anemia dan lemah penglihatan.

Mempercepat pemulihan luka luaran dan dalaman ibu berpantang serta pemulihan selepas pembedahan. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepat pemulihan luka.

Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menghalang infeksi selepas bersalin.


SET BERPANTANG 3M (ibu menyusu)


Set berpantang 3M pula terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, ESP (energizing soy protein), Alfalfa dan Ostematrix. Set ini akan membantu ibu menghasilkan banyak susu sampai baby mudah kenyang dan sihat. Ibu pula akan bertenaga umpama bukan dalam pantang!

ESP (Energizing Soy Protein)

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.

Satu tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera kepada ibu berpantang dan boleh bertahan lama. Maka ia baik untuk mencegah migrain, imsomnia dan tekanan dalam ibu menguruskan anak kecil dan menahan pelbagai kesakitan selepas bersalin.

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat luka sembuh dan mengurangkan kesan parut ibu selepas bersalin.

ESP adalah protein. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Kekurangan protein akan menyebabkan kelemahan sistem imun, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon. Oleh itu, setiap kita memerlukan protein mencukupi yang amat sukar untuk didapatkan melalui cara pemakanan melayu terutamanya pemakanan ibu ketika lepas bersalin.

Bertindak bersama Alfalfa untuk menjadikan susu ibu lebih pekat, lebih vitamin dan mengenyangkan bayi dengan lebih cepat.

Ostematrix

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis yang biasa dialami oleh ibu menyusukan anak.

Ostematrix juga mengimbangi tekanan darah, memelihara kadar denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, membaiki keadaan jantung berdebar, gementar dan stress.

Kalsium membantu menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi. Adalah biasa untuk ibu berpantang mengalami sembelit malah terdapat ibu yang sampai trauma melalui sembelit selepas bersalin. Ini dapat dicegah dengan pengambilan ostematrix.

Alfalfa Complex

Mencuci hati, darah dan usus. Alfalfa adalah sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, menghilangkan toksin dari badan dan membersihkan hati kolon dan darah. Ini adalah sangat sesuai untuk pembersihan dalaman badan ibu selepas bersalin secara menyeluruh.

Menyingkirkan lemak dan kolestrol. Kerana ini Alfalfa merupakan salah satu vitamin dalam Set Pelangsingan Shaklee. Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menyingkirkan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.


Menjadikan susu ibu lebih pekat dan kuning. 

SET BERPANTANG PREMIUM (turunkan berat badan)

Set berpantang shaklee premium adalah set berpantang yang menjadi pilihan kebanyakan ibu. Ini kerana set tersebut sangat lengkap dan menepati kesemua ciri-ciri yang dicari ibu berpantang termasuklah fungsi menurunkan berat badan. Ibu mana yang tak mahu kurus dan slim seperti zaman awal perkahwinan kan? Set berpantang shaklee premium terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex, ESP (energizing soy protein), Alfalfa, Ostematrix dan Lecithin.

Lecithin

Memecahkan lemak dan kolestrol. Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Lecithin sangat sesuai diamalkan ibu dalam pantang dan ibu menyusu badan yang ingin menurunkan berat badan. Ianya tidak mempunyai kesan sampingan terhadap bayi dan terhadap pengeluaran susu ibu. 

**************************************************

Panjang pula bila bercakap pasal Set Berpantang Shaklee ni. Banyak sebenarnya nak cerita. Boleh je tanya saya sendiri kalau nak tahu pengalaman dan kelebihan Set Berpantang Shaklee. Kalau nak cepat sihat dan cepat sembuh ketika dalam pantang, apalagi jika nak turunkan kembali berat badan kepada berat asal, memang saya syorkan sangat Set Berpantang Shaklee ni. Ambil telefon sekarang dan tekan je nombor saya di bawah. Serius anda tidak akan rugi. Set ini akan banyak membantu anda ketika berpantang nanti dengan aturan pengambilan vitamin yang betul.

Jangan lupa kongsi artikel ini sebagai panduan untuk kawan atau saudara mara yang sedang mencari set bersalin! 

------------------------------------------------------------------------------- 
Ain Izzaty : Shaklee Independent Distributor (952396) 
SMS / Whatsapp : 011-29211979 
Emel : nurain.izzaty@gmail.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan