Disember 22, 2014

MENARIK ! 5 Fakta tentang Vitamin C yang perlu anda tahu sebelum beli.

vitamin c shaklee

Vitamin C memang mempunyai pelbagai manfaat. Supplemen Vitamin C bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Dari kecil kita disogokkan dengan pelbagai jenis dan jenama vitamin C. Tapi, pada hari ini, saya ingin berkongsi fakta mengenai vitamin C yang menarik sekali untuk diketahui. Diharap ia menjadi panduan kepada anda dalam memilih jenama vitamin C yang terbaik. Ada yang kata kenapa perlu ambil vitamin C lagi? Boleh baca dulu kenapa kita perlu mengambil supplemen atau vitamin.

#1 SUMBER VITAMIN C : SECARA SINTETIK ATAU SEMULAJADI?

Inilah soalan pertama yang mesti anda tanya kepada diri sendiri sebelum membeli apa jua vitamin atau supplemen. Vitamin C tersebut diekstrak dari sumber apa? Buah oren? Jagung? Vitamin dari sumber sintetik memang murah, bawah RM5 dah boleh dapat. Namun harus diketahui ia mendatangkan kesan sampingan pada jangka masa panjang. Dalam kebanyakan kes vitamin atau ubat sintetik akan merosakkan buah pinggang kerana memproses terlalu banyak bahan kimia. 

« Individu yang mengambil vitamin C sintetik mempunyai kebarangkalian mendapat atherosclerosis (yang boleh menyebabkan strok dan serangan jantung) sebanyak 250% ! » Majalah Reuters Health (2000)

Dulu saya tak ambil pusing pasal vitamin dari sumber sintetik atau semulajadi. Alhamdulillah Allah lorongkan hati saya untuk cuba vitamin Shaklee ketika mengandung yang memang terjamin diperbuat dari bahan semulajadi (juga mengandungi enzim dan co-factor) dan saya terus setia dengan jenama Shaklee sampai sekarang kerana keberkesanannya. 

Farmasi memang boleh dikira berapa kali saya masuk sepanjang lebih satu tahun saya menggunakan Shaklee. Bukan apa, vitamin sintetik memang banyak dijual di farmasi. Hati-hati juga jika vitamin supplemen dilabel organic atau natural. Sebenarnya, hanya perlu 10% bahan semulajadi untuk sesuatu produk mendapat label natural / organic (90% sintetik!).  

#2 MESTI MENGANDUNGI BIOFLAVONOID

Vitamin C yang berkualiti mestilah mengandungi bioflavonoid. Ia berfungsi meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita. Cuba tengok tumbuh-tumbuhan. Ia menerima sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya secara terus kan? Tetapi kehadiran bioflavonoid melindungi tumbuhan dari bahaya sinaran UV dan meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan tumbuhan. Menariknya manusia juga mendapat manfaat serupa apabila mengambil bioflavonoid! (Ia tidak boleh dihasilkan badan, mesti diperolehi dari makanan).

Untuk mengetahui samada jenama vitamin C yang ingin dibeli mempunyai bioflavonoid atau pun tidak, anda boleh melihatnya di bahagian Maklumat Nutrisi atau Nutritional Facts pada bahagian belakang botol.

vitamin c shaklee
Kandungan bioflavonoid dalam vitamin C Shaklee yang saya biasa ambil.

#3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI PEMBEBASAN BERTERUSAN (sustained release)

Pada anda yang pertama kali mendengar teknologi pembebasan berterusan secara semulajadi, apakah pentingnya teknologi ini dalam vitamin C?

Seperti vitamin B, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut air. Bermakna, vitamin C yang tidak diserap badan mudah sekali larut di dalam air dan seterusnya dibuang melalui perkumuhan seperti melalui air kencing. 

Pernahkah anda ternampak vitamin c yang dijual dengan dos yang tinggi ? Untuk pengetahuan anda, adalah sia-sia jika anda mengambil vitamin C 1000mg sekalipun kerana badan tidak mampu menyerap kesemua vitamin C tersebut sekaligus. Di sinilah pentingnya penggunaan teknologi pembebasan berterusan secara semulajadi. Apabila anda mengambil satu tablet vitamin C 1000mg, vitamin tersebut akan dilepaskan sedikit demi sedikit secara berterusan dalam badan selama beberapa jam. Ini akan menggalakkan penyerapan vitamin C secara optimum yang tidak mungkin dapat dilakukan jika vitamin tersebut dilepaskan sekaligus ke dalam badan.


#4 TELAH MELALUI UJIAN KLINIKAL

vitamin c


Banyak syarikat mendakwa produk mereka selamat, berkesan dan diperbuat 100% dari bahan semulajadi. Namun, apakah jaminan mereka? Adakah mereka menjalankan ujian klinikal terhadap produk mereka sebelum dipasarkan? Kajian dan ujian klinikal adalah antara perkara yang tidak semua syarikat sanggup melaburkan duit padahal itulah perkara yang sepatutnya dibuat jika mereka benar-benar mengutamakan keselamatan pengguna dan keberkesanan produk.

#5 HARGA YANG KOMPETITIF DAN BERBALOI

 Manfaat yang kita dapat dari sesuatu produk mestilah setimpal dengan harga yang kita bayar. Jumlah dos bagi setiap tablet membezakan harga vitamin C yang berlainan jenama. Ada tablet yang mengandungi 100mg vitamin C, ada yang 500mg malah ada yang sampai 1000mg. Vitamin C bersumberkan bahan sintetik adalah lebih murah berbanding vitamin C dari bahan semulajadi. Kandungan bahan lain selain vitamin C dalam setiap tablet juga mempengaruhi harga. Jadual di bawah adalah contoh perbandingan harga vitamin C untuk beberapa jenama.


vitamin c shaklee
























SELAMAT MEMBUAT PILIHAN!

Itu sahaja yang ingin saya kongsi dalam artikel kali ini. Semoga membantu anda dalam membuat pembelian ke atas sebarang jenis vitamin. Boleh hubungi saya untuk nasihat dan maklumat. Dan jangan lupa kongsikan artikel ini untuk manfaat orang lain yang sedang memerlukan vitamin dan supplemen! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan